Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IPU Sarawak kekal baik, Sarikei catat bacaan sederhana pada 4.00 petang
  • TEMPATAN

IPU Sarawak kekal baik, Sarikei catat bacaan sederhana pada 4.00 petang

Utusan Sarawak 6 hours ago
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak kekal dalam julat baik, kecuali di Sarikei yang mencatat bacaan sederhana dengan paras 70 setakat 4.00 petang tadi.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak kekal dalam julat baik, kecuali di Sarikei yang mencatat bacaan sederhana dengan paras 70 setakat 4.00 petang tadi.

Menurut data rasmi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), bacaan di Kuching direkodkan pada paras 30, menunjukkan tahap pencemaran yang rendah dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Beberapa lokasi lain seperti Samarahan (33), Serian (37), Sibu (39), Mukah (38) dan Samalaju (37) turut merekodkan bacaan baik meskipun menghampiri paras sederhana.

Bacaan paling rendah direkodkan di Bario iaitu 16, diikuti Limbang (21) dan ILP Miri (23), menunjukkan udara bersih dan selamat untuk aktiviti harian.

NREB memaklumkan bahawa IPU dikira berdasarkan purata 24 jam bagi parameter pencemar utama, dan pemantauan berterusan akan diteruskan bagi mengesan sebarang perubahan.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi peraturan alam sekitar serta mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara.

Maklumat lanjut serta bacaan IPU semasa boleh dirujuk melalui laman web rasmi NREB di www.nreb.gov.my.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Nancy Shukri tinjau tapak projek Anjung Kasih YKN di Hospital Bintulu
Next: 47 anggota PDRM melapor diri di Astana Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.