Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Sarikei 2025 cipta impak positif, sambutan Hari Kebangsaan menyusul
  • TEMPATAN

Pesta Sarikei 2025 cipta impak positif, sambutan Hari Kebangsaan menyusul

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM…..Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, Datuk Ding Kuong Hiing, Datu Michael Ronnie Langgong, Superintendan Aswandy Anis (dua kanan) dan guru-guru SJKC Kwang Chien bergambar bersama di hadapan penari-penari cilik tarian singa SJKC Kwang Chien. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Sokongan berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh sektor pelancongan, pertanian moden dan pembangunan komuniti telah membolehkan Pesta Sarikei 2025 berkembang menjadi platform yang berimpak tinggi serta membanggakan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata inisiatif seperti Pesta Sarikei ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa keprihatinan dan sokongan padu daripada pimpinan negeri.

“Sepanjang berlangsungnya program ini, kita telah menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menghibur tetapi juga mendidik, menyatukan serta memberi impak positif kepada masyarakat. 

“Daripada pameran hasil tani, pertunjukan kebudayaan, pentas seni, jualan usahawan tempatan, hinggalah perpaduan rakyat. 

“Semuanya menjadi saksi betapa kita mampu mencipta sesuatu yang besar apabila kita bersatu hati,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penangguhan Pesta Sarikei 2025 bertempat di Pentas Utama Pesta Sarikei 2025, malam tadi. 

MERIAH…..Antara hadirin yang hadir menyaksikan majlis penangguhan Pesta Sarikei 2025 bertempat di Pentas Utama Pesta Sarikei 2025, malam tadi. Foto: Earl Anek

Beliau turut berharap rakyat di sini berganding bahu menyokong inisiatif kerajaan dan komuniti demi menjadikan Sarikei sebuah daerah yang lebih dinamik, progresif serta terus menyumbang kepada pembangunan Sarawak secara menyeluruh.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pejabat Residen Sarikei, khususnya Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong atas kepimpinan cemerlang dalam koordinasi dan pelaksanaan Pesta Sarikei 2025. 

“Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak Residen bersama seluruh pasukan kerja, termasuk jawatankuasa penganjur, agensi pelaksana, petugas lapangan, sukarelawan serta semua yang terlibat amat dihargai. 

“Kejayaan penganjuran pesta ini adalah hasil kerja berpasukan yang teratur, berdedikasi, dan penuh semangat,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kepada hadirin yang hadir bahawa sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak tahun ini akan diadakan di Sarikei. 

“Marilah kita bersama menyemarakkan semangat cintakan negara pada 31 Ogos akan datang,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Alunan taboh sambut Viviana Lin, Ratu Cantik Iban pertama menang MGM
Next: Batu Kitang State Assemblyman, Lo Khere Chiang says respect Sarawak’s rights, stop the hypocrisy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.