Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Generasi muda Kedayan digesa guna teknologi pertahan warisan budaya
  • TEMPATAN

Generasi muda Kedayan digesa guna teknologi pertahan warisan budaya

Utusan Sarawak 1 day ago
TERIMA KASIH...Hasbi Habibollah menerima cenderamata daripada KK Affendi daripada Kampung Gumaya Benuas Limbang.  

LIMBANG: Dalam era digital yang serba pantas, masyarakat Kedayan di Sarawak digesa agar tidak membiarkan warisan budaya mereka pupus ditelan zaman.

Sebaliknya, teknologi moden harus dimanfaatkan sebagai alat untuk mendokumentasikan, mempromosi dan memelihara adat resam yang menjadi identiti bangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menekankan betapa pentingnya peranan generasi muda dalam meneruskan kesinambungan budaya agar tidak lenyap dalam arus globalisasi yang semakin mencabar.

“Pewaris masa depan perlu sedar bahawa budaya sendiri adalah akar identiti mereka. Bahasa, muzik, pakaian tradisional, makanan, seni dan nilai lama harus dikekalkan. Gunakan kemahiran teknologi untuk mendokumentasikan dan menyebarkannya ke dunia luar,” katanya.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata demikian ketika berucap pada Malam Kebudayaan Sempena Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025 di Dewan Kampung Tuna Gumaya Benuas, malam tadi.

Beliau turut menggesa agar warisan budaya ditransformasikan melalui kreativiti seperti menghasilkan dokumentari, filem pendek, kandungan media sosial serta platform digital lain agar generasi akan datang baik dari dalam negara mahupun luar dapat mengenali dan menghargai budaya unik masyarakat Kedayan.

Dalam ucapan yang sama, Hasbi menyatakan bahawa kerajaan Sarawak mensasarkan kehadiran lima juta pelancong ke negeri ini pada 2025, satu sasaran yang dianggap realistik dan mampu dicapai melalui kekayaan budaya serta keharmonian kaum yang menjadi identiti negeri.

Menurutnya, program seperti Pesta Makan Tahun Kedayan dan malam kebudayaan yang berlangsung bukan sahaja memupuk perpaduan dalam komuniti, malah berpotensi besar menarik perhatian pelancong domestik dan antarabangsa, khususnya ke kawasan utara seperti Limbang.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, bersama para pemimpin masyarakat serta warga Kedayan setempat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PKS disaran didaftar semula demi kebajikan kaum Kedayan
Next: Lebuh Raya Trans Borneo tersenarai dalam RMK13, perkukuh jaringan Utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.