Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lea Sports Centre kekal penaja rasmi Kuching City FC hingga 2030
  • SUKAN

Lea Sports Centre kekal penaja rasmi Kuching City FC hingga 2030

Utusan Sarawak 1 day ago
KUCHING City FC (KCFC) dan Lea Sports Centre (LSC) secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu selama lima tahun.

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Lea Sports Centre (LSC) secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu selama lima tahun, hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu turut menandakan ulang tahun ke-10 kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam menyokong pembangunan bola sepak di Sarawak.

Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan dan Pengarah Urusan LSC, Raymond Sim, serta disaksikan oleh Pengerusi KCFC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurut Dato Fazzrudin Abdul Rahman, kerjasama tersebut menjadikan LSC terus menjadi penaja rasmi pakaian dan kelengkapan pasukan KCFC sehingga tahun 2030.

“Majlis ini merupakan simbolik penting, bukan sahaja kerana MoU terbaharu, tetapi juga kerana ia memperingati 10 tahun penubuhan KCFC dan permulaan kerjasama erat dengan LSC sejak pasukan ini masih dikenali sebagai Kuching FA.

“Sokongan berterusan daripada LSC sejak hari pertama sangat kami hargai. Mereka bukan sekadar rakan niaga, tetapi sebahagian daripada perjalanan kelab ini,” tambahnya.

Fazzrudin turut memaklumkan bahawa perjanjian baharu itu selaras dengan aspirasi pembangunan kelab di bawah agenda PCDS 2030, dengan sasaran musim ini untuk berada dalam kelompok lima teratas Liga Malaysia.

KCFC kini telah mendaftarkan seramai 29 pemain bagi musim ini, termasuk tiga pemain tambahan yang dibenarkan di bawah peraturan baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Perlawanan seterusnya dijadualkan pada 9 Ogos ini menentang Kelantan di Stadium Negeri dan saya mengajak para penyokong hadir memberi semangat sebagai ‘pemain ke-12’ pasukan kita,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan berkata, peranan LSC melangkaui sekadar penaja, malah telah menjadi sebahagian daripada identiti profesional pasukan.

“LSC bukan sahaja membekalkan pakaian rasmi pasukan, malah berperanan besar dalam pembangunan komuniti sukan, khususnya dalam memperkasa belia dan menyemai budaya kecemerlangan dalam kalangan pemain muda,” jelasnya.

Sokongan LSC terhadap Akademi Junior KCFC, katanya, menjadi antara tonggak utama dalam melahirkan generasi pemain bola sepak yang berkualiti di Sarawak.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik itu, jenama Starsport milik LSC akan terus dipaparkan pada jersi rasmi pasukan, sepanduk stadium, dan bahan promosi sepanjang musim ini.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Messi keluar akibat kecederaan pada minit ke-11 perlawanan Piala Liga
Next: AQIB X Kampung Boy FC buka langkah kanan, tewaskan Fuhai FT 2-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.