Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak perluas akses pendidikan STEM di Limbang
  • PENDIDIKAN

Sarawak perluas akses pendidikan STEM di Limbang

Utusan Sarawak 20 hours ago
JASA DIKENANG… Ripin menerima cenderamata selepas merasmikan Malam Ba’iuh Sempena Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025 di Dewan Kampung Tuna Gumaya Benuas, Limbang semalam. 

LIMBANG: Sarawak kini giat memperluaskan akses kepada peluang pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ini kerana pendidikan dan keusahawanan merupakan pemacu utama kemajuan sosial dan pembangunan ekonomi di Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata STEM menyediakan platform pembangunan yang lebih luas kepada generasi muda

“Sarawak memiliki beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan pusat latihan bagi menggalakkan generasi muda menimba ilmu demi kemajuan negeri pada masa hadapan.

“Sarawak mempunyai sumber pendidikan berkualiti termasuk Universiti Curtin di Miri, Universiti Swinburne di Kuching, serta Universiti Teknologi Sarawak di Sibu dan Mukah yang menawarkan pelbagai pilihan pembelajaran dan pembangunan,” katanya pada Malam Ba’iuh sempena Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025 di Dewan Kampung Tuna Gumaya Benuas, Limbang semalam.

Menurut Ripin, semua usaha yang dijalankan tersebut adalah inisiatif untuk membantu anak Sarawak melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya ia selaras dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berilmu dan berminda global. 

Beliau turut menegaskan, pemberian pendidikan tinggi percuma juga adalah untuk semua anak Sarawak tanpa mengira latar belakang dan agama.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: RMK13: KEMAS sedia laksana langkah prasekolah wajib usia lima tahun
Next: 500 pelajar sertai Bengkel Skor A Pendidikan Moral SPM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.