Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama semua tingkatkan kesedaran bahaya denggi, kebakaran
  • WILAYAH

Kerjasama semua tingkatkan kesedaran bahaya denggi, kebakaran

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Mohd Chee Kadir merasmikan Program Kesedaran Denggi dan Bomba Bersama Komuniti anjuran Majlis Daerah Saratok yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kabong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Penglibatan menyeluruh semua lapisan masyarakat amat penting dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap bahaya denggi dan keselamatan kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata pendedahan berkaitan isu kesihatan, keselamatan seperti denggi dan kebakaran perlu disampaikan hingga ke akar umbi terutama kepada komuniti luar bandar dan penduduk kampung.

“Tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), tetapi harus dikongsi oleh semua pihak demi kesejahteraan bersama,” tegas beliau ketika merasmikan Program Kesedaran Denggi dan Bomba Bersama Komuniti anjuran Majlis Daerah Saratok yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kabong, hari ini.

DATO Mohd Chee Kadir merasmikan Program Kesedaran Denggi dan Bomba Bersama Komuniti anjuran Majlis Daerah Saratok yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kabong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau turut memuji usaha Majlis Daerah Saratok dalam menganjurkan program bersifat mendidik yang mampu membentuk komuniti lebih peka terhadap aspek kesihatan awam dan keselamatan diri.

Sebagai tanda sokongan, beliau turut menyampaikan Geran Khas kerajaan Sarawak berjumlah RM10,000 kepada Kelab Sosial Kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Saratok (MARKAS) bagi menyokong pelaksanaan program tahunan kelab tersebut.

Sementara itu, program yang dirangka ini adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya jangkitan denggi melalui pendekatan pendidikan berkaitan penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan amalan kebersihan persekitaran.

Turut diketengahkan dalam program tersebut ialah pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan kebakaran serta peranan penting komuniti sebelum, semasa dan selepas berlakunya insiden kebakaran.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong tampil sampaikan sumbangan kerusi roda
Next: PKD Mobile beri impak positif perkasa komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.