Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Makanan Mega Etnik di Kabong meriah, berlangsung selama lima hari
  • TEMPATAN

Festival Makanan Mega Etnik di Kabong meriah, berlangsung selama lima hari

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir hadir ke acara kemuncak Festival Makanan Mega Etnik yang berlangsung meriah di Kabong Town Square, malam tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkesempatan menghadiri acara kemuncak Festival Makanan Mega Etnik yang berlangsung meriah di Kabong Town Square, malam tadi.

Festival yang bermula sejak Rabu lalu itu dijadualkan melabuhkan tirainya hari ini, setelah lima hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik.

Antara yang menjadi tumpuan sepanjang festival ialah pameran makanan etnik, jualan produk tempatan, dan persembahan kebudayaan, yang berjaya menarik perhatian pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kemuncak acara malam tadi dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan terkenal, Poey Sting, yang berjaya mencuri tumpuan dan menarik kehadiran ramai penduduk setempat.

Dato Chee Kadir turut meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan makanan serta produk usahawan tempatan yang mengambil bahagian dalam festival tersebut.

Sebanyak lebih 40 vendor menyertai edisi jelajah Mega Etnik Food Festival tahun ini, menjadikan Kabong sebagai salah satu destinasi penting penganjuran program berasaskan komuniti dan etnik.

Menurut Chee Kadir dalam ucapannya, penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memberi ruang kepada para peniaga untuk meningkatkan pendapatan, malah turut membantu dalam memperkenalkan produk etnik dan tempatan ke pasaran yang lebih luas. 

Beliau turut mengingatkan semua peserta dan pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan di tapak perniagaan.

Turut hadir wakil penganjur Festival Makanan Mega Etnik, Rahmat Sundring @ Suddin, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Johan Rahman, Pengerusi Persatuan Pusat Penjaja Kabong, Melati Buang, Naib Ketua Cawangan PBB Kabong, Maini Spawi dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abdul Rahim Peli.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bengkel Permainan Tradisional Bidayuh Singai tarik 58 peserta
Next: Karnival MYFutureJobs Sibu tawar lebih 500 peluang pekerjaan, fokus kebolehpasaran graduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.