Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 31 peserta dari Sarikei, Julau dan Pakan hadiri program kesedaran keselamatan
  • Tengah
  • WILAYAH

31 peserta dari Sarikei, Julau dan Pakan hadiri program kesedaran keselamatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
PENGISIAN AKTIVITI….Antara pengisian aktiviti yang dijalankan program tersebut, semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 31 peserta dari Daerah Sarikei, Julau dan Pakan telah menyertai Program Pengukuhan Kesedaran Keselamatan Kebakaran Celik Suri dan Kesedaran Scammer Bersama Komuniti 2025. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata, program tersebut merupakan anjuran pihaknya dan dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Sarikei, semalam. 

“Program bermula dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di BBP Bintangor. 

“Pelbagai pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program seperti aspek keselamatan kebakaran, pencegahan jenayah scammer dan teknik pertolongan cemas,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, program ini adalah usaha bersama yang bertujuan mendidik komuniti tentang kepentingan keselamatan di rumah serta kesedaran terhadap ancaman penipuan dalam talian.

“Kesedaran mengenai keselamatan kebakaran dan scammer adalah penting untuk semua lapisan masyarakat. 

“Kami mahu komuniti bukan sahaja tahu cara mengelak bahaya, tetapi juga yakin untuk bertindak jika berlaku kecemasan,” ujarnya.

Beliau menekankan bahawa program berkonsep interaktif seperti ini turut memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri pengalaman sebenar memadam kebakaran, mengendalikan hos gas, serta mempraktikkan teknik Bantuan Pernafasan dan Peredaran Darah (CPR).

“Kita mahu peserta keluar dari sini dengan pengetahuan dan keyakinan untuk menghadapi situasi berisiko. 

“Keselamatan bermula di rumah, dan ia adalah tanggungjawab kita semua,” jelasnya.

Turut hadir wakil Pengurus Bank Rakyat Sarikei, Aza Nizam.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 150 peserta hadiri Program At-Tibyan Jabatan Mufti Sarawak di Sebuyau
Next: Jerebu di Samalaju: Jarak penglihatan terhad, IPU catat bacaan sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.