Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CCBW 2025: Dunia permotoran satukan penggemar, kukuh solidariti
  • TEMPATAN

CCBW 2025: Dunia permotoran satukan penggemar, kukuh solidariti

Utusan Sarawak 22 hours ago
PENGERUSI CCBW 2025, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki dan tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan diĀ acara kemuncak CCBW 2025. Foto: Norman B

PETRA JAYA: Pekarangan Stadium Negeri Sarawak pada malam ini bergema dengan sorakan dan semangat luar biasa apabila acara kemuncak Minggu Permotoran Kuching (CCBW) 2025 diteruskan dengan upacara penyampaian momento, cabutan bertuah dan konsert yang menghangatkan suasana hingga ke lewat malam.

Kehadiran barisan tetamu kehormat menambahkan seri kepada acara malam ini. Antara yang diberi penghormatan termasuk Pengerusi CCBW 2025, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki; Jennifer Ang yang mewakili Petronas Lubricant Malaysia; Dato Sri Zuhairi Abdul Kadir penaung DAZ Bikers, Penolong Setiausaha Unit Pemantauan Acara Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Nazari Bujang; serta Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan.

Persembahan tradisional dari Kumpulan Sri Kenyalang membuka tirai acara malam, diikuti ucapan penuh semangat daripada Pengerusi CCBW sendiri. Suasana bertambah meriah dengan penyampaian momento kepada kelab-kelab motosikal yang menjadikan penganjuran tahun ini begitu luar biasa.

PENGERUSI CCBW 2025, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki berucap diĀ acara kemuncak CCBW 2025. Foto: Norman B

Antara kelab yang menerima penghargaan termasuk Double R, Bikers Kental, DZ Bikers, Club Max Kubu Raya, Couple Touring Moto, The Boss, Teresang Bikers Kapit, Riders Diaries, Kelab Motosikal Kekal, Generation, HD Borneo Brunei, Rouge Squadron, Daz Bikers, Sportbikers Brunei, Borneo Island Big Biker (BIBB), Lubok Antu Rider, Mem Rider Kuching dan CRSS.

Detik paling dinanti adalah cabutan bertuah yang menawarkan empat hadiah minyak dan satu cabutan utama berupa sebuah motosikal, yang mengundang sorakan gemuruh dari para peserta.

Cenderamata turut disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada Jennifer Ang, Nazari Bujang dan Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, disempurnakan oleh Pengerusi CCBW sebelum sesi fotografi bersama.

Malam diteruskan dengan konsert gempak menampilkan persembahan bertenaga dari kumpulan Noansa dan Elly AXLs yang menutup malam dengan dentuman muzik dan lautan cahaya, mengukir kenangan manis buat komuniti permotoran yang hadir dari serata Borneo dan luar negara.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penambahan 17 kerusi DUN bukti GPS utamakan rakyat – Penguang
Next: Bengkel Permainan Tradisional Bidayuh Singai tarik 58 peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.