Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kontinjen APM Saratok johan Pertandingan Kawad Lintas Hormat
  • TEMPATAN

Kontinjen APM Saratok johan Pertandingan Kawad Lintas Hormat

Utusan Sarawak 20 hours ago
KONTINJEN APM Daerah Saratok dinobat sebagai johan dalam Pertandingan Kawad Lintas Hormat sempena sambutan Hari Sarawak peringkat Daerah Saratok, di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini. Foto APM Saratok

SARATOK: Kontinjen Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok berjaya mengharumkan nama pasukan apabila dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Kawad Lintas Hormat sempena sambutan Hari Sarawak peringkat Daerah Saratok, di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini.

Pertandingan yang menyaksikan penyertaan sebanyak 24 kontinjen itu dianjurkan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Saratok dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, serta Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS).

Turut mencuri tumpuan ialah kontinjen Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Saratok yang muncul naib johan dalam kategori antara agensi dan badan beruniform.

KONTINJEN APM Daerah Saratok dinobat sebagai johan dalam Pertandingan Kawad Lintas Hormat sempena sambutan Hari Sarawak peringkat Daerah Saratok, di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini. Foto APM Saratok

ADUN Kalaka, Mohamad Duri hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, seramai 21 anggota terlibat dalam pertandingan berprestij itu. 

Beliau turut berkongsi bahawa latihan rapi yang dijalankan sebelum pertandingan ternyata membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, kita berjaya mempraktikkan segala latihan yang telah dirancang. Kemenangan ini adalah hasil kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Semangat Hari Sarawak perlu terus menyala dalam diri setiap rakyat
Next: Penambahan 17 kerusi DUN bukti GPS utamakan rakyat – Penguang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.