Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 170 anak pokok bakau ditanam di Kampung Jaie, pelihara ekosistem bakau
  • TEMPATAN

Lebih 170 anak pokok bakau ditanam di Kampung Jaie, pelihara ekosistem bakau

Utusan Sarawak 21 hours ago
AKTIVITI HIJAU… Para peserta menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau di pesisir pantai Buntal. Foto: SFC

ASAJAYA: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menganjurkan Program Penanaman Bakau dan Kesedaran Awam bersama komuniti Kampung Jaie sempena sambutan Hari Bakau Sedunia 2025, hari ini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Pejabat Daerah Asajaya dan Pejabat Cawangan Daerah Kecil Sadong Jaya, dengan penyertaan kira-kira 200 peserta terdiri daripada penduduk kampung dan sukarelawan.

Sebanyak 174 anak pokok Api-api (Avicennia spp.) berjaya ditanam di sepanjang pesisir pantai Kampung Jaie menerusi Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) yang dianjurkan JHS sebagai sebahagian usaha memulihara kawasan landskap pesisir pantai yang terjejas, serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan ekosistem hutan bakau.

ACARA SIMBOLIK… Penanaman pokok secara simbolik sempena majlis tersebut. Foto: SFC

Menurut Pegawai Kanan JHS, Biha Razali kadar kehilangan hutan bakau di peringkat global dianggarkan tiga hingga lima kali lebih tinggi berbanding kadar kehilangan hutan biasa, sekali gus memberi ancaman besar kepada sistem ekologi dan kesejahteraan sosioekonomi komuniti pesisir.

“Bencana tsunami pada 2004 menjadi peringatan kepada kepentingan hutan bakau sebagai benteng semula jadi di kawasan pantai yang mendorong Kerajaan Malaysia melaksanakan program penanaman semula di sepanjang kawasan pesisir negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Sejajar dengan usaha ini, kerajaan Sarawak menerusi JHS terus komited dalam pengurusan mampan, pemeliharaan dan pemulihan hutan bakau serta hutan pesisir di negeri ini.

“JHS akan terus menyokong aktiviti penanaman bakau bersama komuniti sebagai langkah jangka panjang untuk melindungi garis pantai dan ekosistemnya,” katanya lagi.

AKTIVITI HIJAU… Para peserta menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau di pesisir pantai Buntal. Foto: SFC

Setakat ini, Sarawak telah berjaya menanam lebih 1.08 juta pokok bakau dan spesies pokok pesisir yang lain sebagai satu pencapaian besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan ketahanan kawasan pesisir negeri ini.

Program hari ini diadakan bersempena Hari Antarabangsa Pemuliharaan Ekosistem Bakau yang disambut setiap 26 Julai sejak diisytiharkan UNESCO pada 2015, bagi mengiktiraf nilai ekologi hutan bakau dan menggalakkan penyelesaian mampan bagi perlindungan habitat itu.

Turut hadir  Pegawai Tadbir Asajaya, Syaifulizuan Shafri; Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Abdullah Sam Yusup; Penghulu Kampung Jaie serta pegawai kanan JHS dari Bahagian Pemulihan dan Hutan Perindustrian, Biha Razali.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kekeliruan, kelewatan urus harta pusaka antara punca pertelingkahan waris
Next: Semangat Hari Sarawak perlu terus menyala dalam diri setiap rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.