Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Olahraga SMK Telang Usan, peluang tanam semangat juang pelajar
  • SUKAN

Kejohanan Olahraga SMK Telang Usan, peluang tanam semangat juang pelajar

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Parlimen Baram Anyi Ngau menyala obor Kejohanan Olahraga SMK Telang Usan. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Sukan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang penting dalam institusi pendidikan yang bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan fizikal tetapi juga berperanan dalam membentuk sahsiah diri yang positif.

Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau berkata melalui sukan, para atlet dapat belajar erti kerjasma, disiplin dan ketahanan diri dari segi mental dan fizikal.

Tambahnya, nilai-nilai ini akan menjadi bekalan yang berharga untuk mereka melangkah ke alam dewasa kelak.

Beliau menegaskan bahawa sukan bukan sekadar hobi dan riadah semata-mata tetapi menjadi gaya hidup sihat yang merupakan pelaburan kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kejohanan Olahraga SMK Telang Usan kali ke-21 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Marudi yang berkahir hari ini.

Beliau percaya penganjuran sukan seumpama ini telah banyak menyumbang kepada usaha memupuk semangat kerja berpasukan, toleransi dan muhibah dalam kalangan guru, staf dan pelajar.

PENGHARGAAN…Dato Anyi Ngau menerima cenderamata disampaikan Pengetua SMK Telang Usan Richard Emang. Foto: Jiku Jukuong

Dalam pada itu, beliau berharap agar semangat kesukanan yang ditonjolkan para atlet sepanjang kejohanan dapat diterapkan dalam budaya harian untuk menjadi individu yang cemerlang.

Beliau juga berharap para atlet yang terlibat dalam kejohanan ini dapat mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan.

“Janganlah kita hanya mementingkan kemenangan semata-mata tetapi yang lebih penting adalah semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi,” katanya.

Beliau menggesa agar atlet yang berjaya pada hari ini dan seterusnya terpilih untuk mewakili daerah, negeri dan sebagainya akan terus berlatih dengan gigih dan tanamkan lah semangat juang yang tinggi dalam diri.

Turut hadir Pengetua SMK Telang Usan Richard Emang dan Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Matthew Laing Ngau.

Pada majlis ini, beliau turut mengumumkan RM30,000 bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk aktiviti SMK Telang Usan.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia diketuai Pandelela langkah kiri hari pertama terjun Kejohanan Akuatik Dunia
Next: Sembilan pasukan rebut kejuaraan Sepak Takraw Tertutup 2025 di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.