Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi ziarah keluarga Abdul Karim
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi ziarah keluarga Abdul Karim

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi keluarga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di kediaman beliau di Jalan Astana petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi keluarga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di kediaman beliau di Jalan Astana petang tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut Abdul Karim dan isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Kunjungan ini bertujuan bagi menzahirkan rasa berdukacita atas pemergian ibu kepada Abdul Karim, Allahyarhamah Arniah Mat atau lebih dikenali sebagai Hajah Noni yang telah kembali ke rahmatullah 22 Julai lalu bersamaan 26 Muharam 1447H pada 3.30 petang.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi keluarga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di kediaman beliau di Jalan Astana petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Turut mengiringi Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah termasuklah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri, Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie, dan isteri, Datin Sri Nadia bersama pegawai-pegawai Astana.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan mendoakan Abdul Karim sekeluarga yang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kesedihan ini.

Tun Wan Junaidi mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap accuses DAP of spreading misinformation, defends Sarawak’s financial strategy
Next: (Kemaskini) Eksklusif: Anak ini mungkin merindui pelukan ibunya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.