Terbuka China 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir  

Facebook
WhatsApp
BEREGU lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 di Changzhou selepas menewaskan pasangan senegara pada aksi suku akhir hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 di Changzhou selepas menewaskan pasangan senegara pada aksi suku akhir hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu menampilkan aksi bertenaga untuk menundukkan Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-16, 21-16 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka kepada 4-3. 

Aaron-Wooi Yik dijadualkan berdepan gandingan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, yang sebelum itu menyingkirkan satu lagi wakil Malaysia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-14.

BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, yang menampilkan aksi konsisten untuk menewaskan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-16, 21-12.

Turut mengiringi mereka ke kelompok empat terbaik ialah beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, yang menampilkan aksi konsisten untuk menewaskan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-16, 21-12.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu akan berdepan beregu tuan rumah Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, namun Pearly-Thinaah hanya menang sekali daripada empat pertemuan menentang pasangan China berkenaan.  –Bernama

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak