Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Abang Johari tunai solat Jumaat di Masjid Jamek
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Abang Johari tunai solat Jumaat di Masjid Jamek

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Jamek tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Jamek tengah hari tadi.

Solat fardu Jumaat telah diimamkan Penolong Imam Bahagian, Ustaz Awang Mohammad Safwan Awang Sefari yang juga turut menyampaikan khutbah bertajuk Koperasi Pemangkin Ekonomi Ummah manakala Ustaz Mohd Shahril Azril Rosli selaku muazin yang bertugas.

Ketibaan Tun Wan Junaidi disambut Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, serta Ketua Pegawai Pengurusan Masjid-Masjid LAKMNS, Abang Bikusary Kadir bersama pegawai-pegawai yang bertugas.

KETIBAAN Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Masjid Jamek tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Turut hadir solat berjemaah termasuklah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi sempat bersalam-salaman mengeratkan silaturahim bersama para jemaah dan juga menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak.

Tun Wan Junaidi mendoakan seluruh umat Islam terus hidup harmoni dengan hikmah dan kebaikan serta terus bersatu padu serta dikurniakan keimanan yang teguh, kesihatan yang baik, serta terus mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: HSL lancar fasa baharu Vista Industrial Park
Next: Wilfred Yap accuses DAP of spreading misinformation, defends Sarawak’s financial strategy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.