Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HSL lancar fasa baharu Vista Industrial Park
  • TEMPATAN

HSL lancar fasa baharu Vista Industrial Park

Utusan Sarawak 2 days ago
UNIT TERKINI… HSL hari ini melancarkan fasa baharu Vista Industrial Park (VIP) menampilkan unit tiga tingkat lengkap dengan lif industri berkapasiti tinggi.

KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) bakal melancarkan fasa terbaharu Vista Industrial Park (VIP) yang akan memperkenalkan lot perindustrian ringan tiga tingkat pertama di Sarawak lengkap dengan kemudahan lif barangan tugas berat bersepadu.

Fasa ini menawarkan sehingga 5,000 kaki persegi ruang lantai yang fleksibel, kelancaran logistik menegak serta ruang kepala yang jelas untuk pengembangan masa hadapan. Keluasan tanah mencecah sehingga 27 titik dengan pilihan unit berkonsepkan rumah sesebuah atau berkembar.

“Unit baharu ini bersaiz besar dan sangat serba guna.

“Lif yang mampu menampung muatan dua tan ini membolehkan pergerakan bahan mentah, barangan berpalet atau produk siap antara tingkat dilakukan dengan mudah sekali gus menjimatkan masa serta meningkatkan keselamatan tempat kerja. Masa itu emas dan keselamatan tidak ternilai,” kata Pengarah Eksekutif HSL, Tony Yu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

LOKASI STRATEGIK…Terletak di tengah-tengah kawasan pentadbiran MBKS, DBKU dan Kota Samarahan, lokasi ini menjimatkan masa perjalanan dan kos logistik harian

Terletak di Jalan Setia Raja, VIP berjiran dengan Sama Jaya High Tech Park dan berada di persimpangan antara kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan menjadikannya antara lokasi industri paling strategik di Sarawak.

Sejak diperkenalkan pada 2019, taman perindustrian seluas 80 hektar ini telah menempatkan lebih 150 perniagaan termasuk dapur pusat Tastinity dan Mdm Tang, bengkel ketepatan seperti GT3 serta fasiliti ujian milik Sarawak Energy.

Menurut Arkitek Dalaman HSL, Joseph Chai, penyewa mahu premis yang bukan sahaja mencerminkan imej moden malah memudahkan operasi.

“Kajian kami menunjukkan bahawa menambah tingkat ketiga merupakan cara paling berkesan dari segi kos untuk menjamin kelestarian jangka panjang.

“Oleh itu kami telah melengkapkan unit dengan lif siap pasang agar syarikat boleh menambah makmal R&D, bilik pameran atau pejabat pentadbiran tanpa perlu membeli tanah tambahan,” tambah Joseph.

Setiap unit masih mengekalkan ciri pintu masuk bersaiz kontena dan siling tinggi yang menjadi identiti VIP bagi memudahkan pemuatan barangan serta penggunaan ruang menegak secara optimum. Selain itu kawasan ini turut dilengkapi infrastruktur gentian optik bagi memastikan kesalinghubungan internet berkelajuan tinggi, satu kelebihan yang terbukti penting semasa dan selepas pandemik.

Landskap yang terancang di sepanjang perimeter, boulevard utama yang dipenuhi pokok serta taman pusat seluas 1.3 hektar menjadikan persekitaran perniagaan di VIP tersusun dan menarik. Setiap unit turut direka bentuk dengan keupayaan lantai berdaya tahan tinggi serta dilengkapi kuasa tiga fasa.

PENYELENGGARAAN BERTERUSAN…HSL komited menyelenggara infrastruktur serta Taman Pusat seluas 1.3 hektar di VIP demi pembangunan jangka panjang yang mampan.

VIP juga dibangunkan secara berkonsepkan perancangan induk dengan jalan utama berkembar dan laluan dalaman yang luas memudahkan pergerakan kenderaan berat. Antara penyewa sedia ada termasuk Life Café, NOMS, Classic Studio, Ample Marketing, Maica, Repsol, Flying Ads dan ShangAgro.

Harga bagi setiap unit bermula daripada RM1.65 juta. Skim Sewa Milik atau Rent to Own yang mendapat sambutan menggalakkan pada fasa terdahulu turut diperkenalkan semula membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana menukar sewaan selama tiga tahun kepada ekuiti dengan modal permulaan yang minimum.

Menurut Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran HSL, Angie Joan, antara faktor utama sambutan menggalakkan terhadap program Sewa Milik (RTO) adalah kerana penyewa dapat menetapkan harga pembelian semasa.

Beliau memaklumkan bahawa hampir semua pelanggan di bawah skim RTO kini telah menjadi pemilik, dan menyatakan keterujaannya apabila skim tersebut diperkenalkan semula memandangkan tidak semua perniagaan baharu mampu memperoleh pinjaman dalam tempoh terdekat.

Pameran VIP akan berlangsung pada 26 dan 27 Julai ini menampilkan unit contoh berperabot lengkap serta demonstrasi secara langsung oleh penyewa sedia ada.

Continue Reading

Previous: Cuti umum tambahan Hari Malaysia undang reaksi usahawan
Next: Tun Wan Junaidi, Abang Johari tunai solat Jumaat di Masjid Jamek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.