Terbuka China: Malaysia pasti ada wakil beregu lelaki di separuh akhir

Facebook
WhatsApp
PASANGAN ranking ketujuh dunia Man Wei-Chong-Tee Kai Wun.

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk melihat seorang wakil mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 sudah tercapai  apabila dua beregu lelaki negara bakal bertembung sesama sendiri di  peringkat suku akhir esok.

Pasangan ranking ketujuh dunia Man Wei-Chong-Tee Kai Wun menampilkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan rakan senegara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 17-21, 21-17, 21-19 dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou.

Kemenangan itu bukan sahaja menempah tiket ke suku akhir, malah mengesahkan pertemuan ‘all-Malaysian’ menentang beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terlebih dahulu melangkah ke pusingan itu selepas mengatasi pasangan adik-beradik dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior 21-17, 21-18.

Dalam saingan beregu wanita, pasangan negara Goh Pei Kee-Teoh Mei Xing mencipta kejutan apabila berjaya menyingkirkan pilihan kelapan kejohanan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam pertarungan tiga set sengit, 26-21, 7-21, 21-18.

Mereka bakal berdepan cabaran getir di suku akhir apabila dijadualkan menentang gandingan tuan rumah Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang juga merupakan antara calon pilihan kejuaraan.

-Bernama

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak