KUCHING: Sarawak mensasarkan 60 pingat emas untuk Sukan Para Sukma Johor 2020 dari 5 hingga 10 April tahun depan.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, cabaran pastinya dihadapi oleh atlet para negeri ini untuk membawa lebih banyak pingat emas bagi acara padang dan trek.
“pada temasya Sukan Para Sukma 2018, Sarawak menjadi juara dalam acara olahraga dengan memenangi 28 emas, 31 perak dan 19 gangsa dengan keseluruhan 78 pingat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Latihan Olahraga Atlet Para di Kompleks Belia dan Sukan, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, kata Fatimah jumlah pungutan pingat pada temasya itu tahun depan akan bergantung pada tahap kecergasan atlet para ketika ini.
“Secara realistik, kami akan menetapkan tujuan, namun secara umum, sasarannya adalah untuk menjadi juara keseluruhan melalui acara padang dan trek serta beberapa acara yang lain,” tambahnya.
Beliau memberitahu, 54 pegagai dan 158 atlet para Sarawak yang meyertai 10 acara sukan memainkan peranan penting untuk mempertahankan nama baik Sarawak sebagai Juara Sukan Para Sukma , 13 kali berturut-turut sejak 1194 selain mencuba untuk menjuarai sukan SOPMA buat kali pertama.
Fatimah berkata, ketika ini skuad bowling, angkat berat,badmintod, ping pong dan olahraga sudah mula berlatih seperti biasa sebagai persedian untuk temasya tersebut.
“Kedua-dua pertandingan ini telah dipindah ke tahun 2021. Para Sukma 2020 telah dijadualkan semula untuk berlangsung pada 5 hingga 10 April 2021 dan SOPMA 2020 pada 11 hingga 17 July 2021.
“Manakala, perancangan sedang dibuat untuk sukan seperti renang, boling padang, catur dan boccia supaya mereka boleh menjalankan latihan seperti biasa dalam masa yang terdekat,” katanya.