Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemeriahan sambutan Hari Sarawak dirasai hingga ke Parlimen
  • SEMASA

Kemeriahan sambutan Hari Sarawak dirasai hingga ke Parlimen

Utusan Sarawak 1 day ago
ANTARA kenamaan yang turut hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Yang di-Pertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, barisan Menteri dan Timbalan Menteri, serta semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS). Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Sarawak dirasai hingga ke Parlimen Malaysia, menghimpunkan kira-kira 150 tetamu jemputan.

Antara kenamaan yang turut hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Yang di-Pertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, barisan Menteri dan Timbalan Menteri, serta semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Majlis yang dianjurkan oleh Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertujuan meraikan keunikan dan kekuatan perpaduan rakyat Sarawak dalam landskap Malaysia yang majmuk.

Para hadirin disajikan dengan pelbagai hidangan autentik Sarawak seperti mi kolok, nasi aruk, laksa Sarawak dan kek lapis yang bukan sahaja menggamit selera tetapi turut mencerminkan kepelbagaian budaya yang menjadi asas kepada keharmonian Sarawak.

Hari Sarawak disambut bukan sekadar sebagai acara perayaan, tetapi menjadi platform penting untuk menzahirkan semangat perpaduan, penghargaan terhadap warisan budaya, serta komitmen bersama dalam membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Sambutan ini turut meneguhkan iltizam untuk terus memperjuangkan pembangunan yang inklusif dan mampan, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

Dengan semangat kebersamaan yang ditonjolkan dalam sambutan ini, Hari Sarawak di Parlimen menjadi simbol keyakinan terhadap peranan besar Sarawak dalam membina Malaysia yang lebih bersatu, makmur dan progresif. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak diiktiraf antara Kluster Perindustrian Peralihan dunia – Abang Johari
Next: Toh Puan Fauziah lawat Pusat Kraftangan Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.