Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua dicekup di Meradong, jual loteri haram dan miliki syabu
  • JENAYAH

Dua dicekup di Meradong, jual loteri haram dan miliki syabu

Utusan Sarawak 2 days ago
LOTERI HARAM….Polis menumpaskan kegiatan loteri haram di Jalan Bintang Utara. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Polis Daerah Meradong berjaya menumpaskan dua kegiatan jenayah berasingan melibatkan aktiviti penjualan nombor loteri haram dan penyalahgunaan dadah dalam operasi yang dijalankan di kawasan Bintangor dan Sungai Sian. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata dalam satu serbuan pada semalam lebih kurang 2.30 petang, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong telah menyerbu  premis tidak bernombor di Jalan Bintang Utara dan menahan seorang wanita berumur 25 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penjualan nombor loteri haram tanpa lesen sah.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti penjualan nombor loteri haram tanpa lesen yang sah. 

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan selanjutnya. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Tambahnya, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 serta penjara tidak melebihi lima tahun. 

DADAH….Suspek penyalahgunaan dadah ditahan oleh pihak polis di kawasan Pengkalan Feri Sungai Sian. Foto IPD Meradong 
 

Sementara itu, dalam kes berasingan pada 13 Julai 2025 lebih kurang 1.10 petang, seorang lelaki berumur 29 tahun ditahan di kawasan Pengkalan Feri Sungai Sian kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek telah menjumpai satu beg sandang berwarna hitam hijau lambang kepala harimau. 

“Di dalam beg tersebut terdapat satu bekas gula-gula bertulis ‘Eclipse Mint’ yang mengandungi tiga paket plastik lutsinar serta lapan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 4.5 gram,” katanya lagi. 

Katanya, suspek turut didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine hasil ujian saringan air kencing. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak IPD Meradong menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang. 

“Usaha berterusan masih dijalankan bagi membanteras kegiatan judi online dan judi nombor ekor, dadah serta jenayah lain di daerah Meradong,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berharap orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah diminta bekerjasama dengan polis dengan menyalurkan maklumat atau menghubungi IPD Meradong di talian 084-693222. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua rangkaian jenayah samun dan ragut tumpas di Sibu
Next: Online investment scam leaves retiree in Sibu nearly RM800,000 poorer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.