KUALA LUMPUR: Penyedia aplikasi e-dompet tempatan, Boost menawarkan ganjaran diskaun eksklusif sehingga 20 peratus merangkumi tawaran serta baucar pelbagai jenama menerusi program terbesarnya ‘Online Boost Day’ selama tiga hari yang berakhir esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khairil Abdullah berkata, Boost menawarkan lebih banyak ganjaran serta pulangan tunai sebagai cara untuk menggalakkan perbelanjaan merentasi perniagaan dalam talian tempatan yang sekali gus turut memberi impak positif terhadap mata pencarian ramai.
“Menerusi perbelanjaan transaksi tunggal minimum RM150, Boost akan memberi sehingga enam kali Boost Coins apabila pengguna berbelanja untuk rakan dagang talian Boost seperti Potboy dan HappyFresh.
“Bagi rakan lain seperti Malaysia Airlines, PichaEats, dahmakan dan GSC Online, pengguna masih boleh menikmati dua kali Boost Coins,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengguna juga boleh mendapat manfaat ganjaran sehingga RM100 apabila membeli-belah dalam acara ‘Online Boost Day’ itu, katanya.
Selain itu, pengguna juga boleh menikmati kejutan ‘Online Boost Day Surprise Shake’ bernilai RM5 yang akan dikreditkan terus secara rambang ke dalam e-dompet rakan dagang yang menyertai acara tersebut. – Bernama