Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi kuat landa pantai Russia, amaran tsunami dikeluarkan
  • SEMASA

Gempa bumi kuat landa pantai Russia, amaran tsunami dikeluarkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
GEMPA bumi kuat yang melanda kawasan pantai timur Russia hari ini mencetuskan amaran tsunami, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
  Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

MOSCOW: Satu siri gempa bumi kuat yang melanda kawasan pantai timur Russia hari ini mencetuskan amaran tsunami, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Terdahulu, berlaku gempa bumi magnitud 5 dan 6.7, namun ia tidak mencetuskan amaran tsunami.

Bagaimanapun, berlaku gempa susulan berukuran magnitud 7.4 pada 0849 GMT dan ia mendorong USGS mengeluarkan amaran ‘gelombang tsunami berbahaya diramalkan di beberapa pantai’.

USGS turut menjangkakan gelombang antara 30 sentimeter dan satu meter di pantai Russia dan kurang daripada 30 sentimeter di Jepun dan Hawaii, di Amerika Syarikat (AS).

Pusat gempa berada di Lautan Pasifik, sekitar 150 kilometer (km) dari timur bandar Petropavlovsk-Kamchatsky.

Menurut USGS, gempa bumi awal itu diikuti beberapa gegaran susulan termasuk satu lagi gempa bumi berukuran magnitud 6.7.

Kementerian Kecemasan Russia menulis di Telegram bahawa pihaknya menjangkakan gelombang sehingga 60 sentimeter di Kepulauan Komander di bahagian barat daya Laut Bering dan ombak 15 hingga 40 sentimeter di semenanjung Kamchatka.

Semenanjung adalah titik pertemuan plat tektonik Pasifik dan Amerika Utara, menjadikannya zon panas seismik.

Sejak 1900, tujuh gempa bumi besar bermagnitud 8.3 atau lebih tinggi melanda kawasan itu. – AFP

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KKM siasat dakwaan gangsterisme urusan bilik mayat hospital di Sarawak
Next: Lima kawasan rekod IPU tidak sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.