Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan terpedaya dengan provokasi gugat perpaduan Sarawak – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Jangan terpedaya dengan provokasi gugat perpaduan Sarawak – Awang Tengah

Utusan Sarawak 11 hours ago
PBB TEGUH…Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bersama jawatankuasa induk PBB Cawangan Bukit Sari terus berikrar menyokong kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tanpa berbelah bahagi.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, mengingatkan rakyat Sarawak agar tidak terpedaya dengan provokasi licik yang cuba menggugat perpaduan negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk PBB Cawangan Bukit Sari malam tadi, beliau menekankan bahawa kestabilan dan keharmonian Sarawak harus terus dipertahankan meskipun ada usaha jahat dari pihak tertentu untuk menimbulkan perpecahan.

“Saya tegaskan dalam konvensyen tempoh hari, sokongan saya kepada kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari adalah penuh dan tidak berbelah bahagi,” ujarnya.

“Saya bukan jenis manusia yang suka berpura-pura. Apa yang saya cakap, itulah yang saya buat.”

Menurut Awang Tengah, budaya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah kekuatan yang tidak mudah digoyahkan. Tidak ada ruang untuk budaya berpuak atau jatuh-menjatuhkan dalam parti itu, yang selama ini menjadi tulang belakang kestabilan politik Sarawak.

“PBB bukan parti yang berpecah kerana tamak kuasa. Kita kekal satu pasukan yang bekerja demi Sarawak, bukan demi kepentingan individu,” tegasnya lagi.

Beliau turut menyifatkan dakwaan kononnya wujud perpecahan dalam PBB sebagai taktik murahan yang mungkin didorong oleh rasa cemburu terhadap kejayaan parti dan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memacu kemajuan negeri ini.

“Mungkin ada pihak yang iri hati dengan kejayaan kita memartabatkan hak Sarawak dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Tapi saya tegaskan, tidak ada keretakan dalam kepimpinan ini semua hanya permainan persepsi,” katanya.

Awang Tengah menggesa seluruh rakyat Sarawak agar sentiasa peka, tidak mudah percaya dengan dakyah luar dan berdiri teguh menyokong kepimpinan yang telah terbukti membawa kemajuan besar kepada negeri ini.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Haji Jawa, yang juga Timbalan Pengerusi PBB Cawangan Bukit Sari.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM22.1 juta diperuntuk 46 rumah baharu di RGC Beladin
Next: Awang Tengah selar dakwaan perebutan kuasa dalam PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.