Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MSMR 2025 catat penampilan sulung di Kuching sempena Hari Sarawak
  • SUKAN

MSMR 2025 catat penampilan sulung di Kuching sempena Hari Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
MERIAH…..Kira-kira 2,500 peserta dari seluruh negara menyertai Larian Muzik Sarong Malaysia 2025 (MSMR 2025) yang julung kali dianjurkan di negeri ini. Foto Facebook YB Karim Hamzah

PETRA JAYA: Kira-kira 2,500 peserta dari seluruh negara menyertai Larian Muzik Sarong Malaysia 2025 (MSMR 2025) yang julung kali dianjurkan di negeri ini bersempena Hari Sarawak pada 22 Julai.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara itu merupakan satu bentuk larian perpaduan yang mengeratkan silaturahim rakyat Malaysia.

“Larian ini amat baik sekali kerana dapat merapatkan silaturahim rakyat Malaysia terutama rakyat Sarawak. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur,” katanya yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum melepaskan peserta di Metrocity Matang hari ini.

Bertemakan larian santai budaya, MSMR 2025 menjadi platform yang menggabungkan gaya hidup sihat dan penghargaan terhadap warisan tradisional dengan peserta mengenakan kain sarung sambil menyusuri laluan tiga atau lima kilometer yang menonjolkan elemen budaya tempatan.

MERIAH….. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzahmenghadiri Larian Muzik Sarong Malaysia 2025 (MSMR 2025) yang julung kali dianjurkan di negeri ini. Foto Facebook YB Karim Hamzah

Program berkenaan dianjurkan Maraton Malaysia, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta LOCCO selaku penganjur ‘Keretapi Sarong’ dan disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). 

Sepanjang laluan, peserta disajikan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian singa dan naga, gendang serta tarian tradisional pelbagai kaum dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, LOCCO dalam kenyataan memaklumkan acara berkenaan menekankan penghargaan warisan dan keterangkuman, khususnya dalam persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Lebih daripada sekadar larian, MSMR 2025 bertujuan memupuk semangat kekitaan dalam komuniti dan mengangkat budaya sebagai satu gerakan aktif.

“Acara ini mengajak rakyat pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk menyertai satu pergerakan yang berwarna-warni, bermakna dan berteraskan identiti kepelbagaian Malaysia,” menurut kenyataan itu.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sze Fei-Nur Izzuddin selangkah pertahan kejuaraan Terbuka Jepun
Next: Liverpool hampir ikat Hugo Ekitike RM468 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.