Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Nur Izzuddin selangkah pertahan kejuaraan Terbuka Jepun
  • SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin selangkah pertahan kejuaraan Terbuka Jepun

Utusan Sarawak 1 day ago

Sze Fei dan Nur Izzuddin selangkah bergelar juara Terbuka Jepun.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas mara ke final hari ini.

Pasangan ranking nombor satu dunia itu menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han 21-19, 21-11 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kemenangan itu membolehkan mereka mengesahkan tempat ke final esok menentang pasangan ranking ketiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang sebelum itu menyingkirkan satu lagi wakil negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-14, 21-15.

Pertemuan esok bakal menjadi perhitungan ketiga antara dua pasangan itu, yang kini terikat 1-1 dalam rekod pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah turut cemerlang apabila melangkah ke pentas akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam satu lagi aksi separuh akhir.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: MOM tubuh dana Amanah Sukan Negara
Next: MSMR 2025 catat penampilan sulung di Kuching sempena Hari Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.