JURULATH berpengalaman, Ismandy Kria (44 Tahun) tidak keberatan untuk mengemudi skuad futsal Sarawak di pentas lebih mencabar.
Itupun jika ada peluang selain tawaran daripada badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pada masa akan datang.
“Tiada masalah bagi saya jika diberi peluang untuk mengemudi pasukan futsal negeri Sarawak beraksi di pentas lebih mencabar.
“Memang ia antara keinginan saya selama ini kerana bukan mudah untuk mengintai slot berkenaan,” ujar Ismandy ketika ditemui semalam.
Menurut Ismandy, beliau yakin dengan pengalaman ketika bergelar pemain era 90-an selain pernah mengemudi pelbagai pasukan berstatus kelab, persatuan dan pelbagai Isntitut Pendidikan Awam (IPTA), Institut Pendidilakan Swasta (IPTS).
Kredit berkenaan katanya, akan dipergunakan sebaik mungkin dalam membentuk pasukan.
“Sejak bergelar jurulatih, pengalaman yang ada sering kali diadaptasi untuk membentuk pasukan bagi menghadapi kejohanan disertai,” tambah Ismandy lagi.
Sambil mengakui jika ada ruang beliau yang juga merupakan kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu akan cuba mengemukan keinginan berkenaan kepada pihak pengurusan FAS kelak.
Untuk rekod, Ismandy pernah membawa pasukan wanita UNIMAS muncul juara acara futsal Kejohanan Sukan Pra-U 2020.
Bergelar baib juara bagi acara futsal wanita Kejohanan Sukan Intitut Pendidikan (IPT) Borneo yang berlangsung di Sabah dan mencipta banyak kejuaraan dalam kejohanan peringkat daerah mahupun peringkat Sarawak.
Oleh Faizal Bujang