Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kecurian transformer bernilai RM30,000, empat lelaki ditahan di Beladin
  • JENAYAH

Kecurian transformer bernilai RM30,000, empat lelaki ditahan di Beladin

Utusan Sarawak 21 hours ago
EMPAT suspek berjaya ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian satu unit transformer milik syarikat pembekalan elektrik tempatan (SEB) di kawasan Beladin. Foto IPD Betong

BETONG: Polis menahan empat lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes kecurian satu unit transformer milik Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan Beladin di sini dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong berkata laporan polis berhubung kejadian itu diterima pada 16 Julai lepas kira-kira 8.56 pagi, selepas pihak SEB mendapati satu unit transformer mereka hilang di tepi jalan berhampiran Pangkalan Feri Tanjung Lilin. 

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Betong telah menjalankan operasi tangkapan pada 17 Julai antara 12.00 tengah hari hingga 5.50 petang di beberapa lokasi sekitar Beladin.

“Hasilnya, empat suspek lelaki tempatan berumur lingkungan 30 hingga 39 tahun berjaya diberkas. Siasatan mendapati dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KES kecurian satu unit transformer milik Sarawak Eenergy Berhad (SEB) di kawasan Beladin. Foto IPD Betong

Menurut Rejali, pihaknya turut berjaya merampas semula satu unit transformer yang dilaporkan hilang oleh pihak pengadu.

Katanya, kesemua suspek akan direman pada 18 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah khususnya melibatkan kecurian kabel elektrik dan komponen menara pencawang agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan. Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Six arrested in connection with cable theft in Kuching
Next: Man runs ‘amok’ in Tabuan Desa, damages properties and alarms residents

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.