SHAH ALAM: Tidak mahu ketinggalan menabur bakti membantu barisan hadapan merawat pesakit Covid-19, sekumpulan 20 warga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini menghasilkan alat pelindung muka untuk kegunaan petugas berkenaan.
Kumpulan terdiri daripada pensyarah, staf teknikal dan pentadbiran selain alumni FKM itu yang diketuai Timbalan Dekannya iaitu Profesor Madya Dr Muhammad Hussain Ismail, menghasilkan lebih 20,000 set alat pelindung muka sejak 30 Mac dan mengagihkannya kepada kira-kira 100 hospital serta klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
Menurut Muhammad Hussain, idea menghasilkan alat pelindung muka itu tercetus pada 24 Mac susulan permintaan yang tinggi terhadap peralatan perlindungan diri (PPE) tersebut, khususnya di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Justeru, kata beliau kumpulannya memanfaatkan sebuah mesin pengacuan suntikan dan 23 mesin percetakan 3D FKM untuk menghasilkan alat pelindung muka itu hampir setiap hari dengan purata 1,500 PPE siap dipasang dalam masa sehari.
“Prihatin dengan kegigihan barisan hadapan menangani wabakCovid-19, khususnya petugas lapisan pertama dan kedua, kami memanfaatkan kemahiran dan fasiliti sedia ada untuk mereka bentuk alat pelindung muka yang menepati standard Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Menariknyaalatpelindungmuka kami bingkainyabolehdigunasemula. Petugaskesihatanlapisanpertamadankedua hanyaperlumelakukansanitasiterhadapbingkaitersebutdanmenggantikanlapisanplastikkeras yang melindungi mukaitudengan yang baharu,” katanyaketikadihubungiBernama di sinisemalam.
Muhammad Hussain berkata kaedah guna semula bingkai itu mampu mengurangkan kos sekurang-kurangnya kira-kira RM3 hingga RM10 yang terpaksa ditanggung KKM untuk membeli satu alat tersebut.
Beliau berkata alat pelindung muka yang dihasilkan FKM itu diagihkan tiga kali seminggu secara percuma kepada fasiliti kesihatan yang memerlukan, termasuk di Sabah dan Sarawak, menerusi syarikat penghantaran.
Ditanya mengenai dana untuk membeli material alat pelindung muka itu, Muhammad Hussain berkata ia adalah hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung KhasCovid-19UiTM.
Beliau berkata selain kampus UiTM di Shah Alam, FKM di kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang; Pasir Gudang, Johor; dan Bukit Besi, Terengganu juga dijangka mula menghasilkan alat pelindung muka hari ini bagi memenuhi keperluan fasiliti kesihatan di sekitarnya.– Bernama