Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang akibat ribut halang jalan depan Hospital Mukah
  • Utara
  • WILAYAH

Pokok tumbang akibat ribut halang jalan depan Hospital Mukah

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA bomba membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di jalan hadapan Hospital Mukah malam tadi. Foto Bomba

MUKAH: Sebatang pokok tumbang telah menghalang laluan di jalan hadapan Hospital Mukah malam tadi susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.29 malam.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati sebatang pokok besar tumbang dan menghalang laluan jalan raya sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan Komander Operasi, anggota penyelamat diarahkan menggunakan gergaji berantai untuk memotong pokok tersebut bagi membolehkan laluan dibuka semula kepada kenderaan.

Operasi pemotongan berjalan lancar dan laluan berjaya dibuka semula sepenuhnya tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang halang jalan, bekalan elektrik terjejas
Next: Jalan baharu Nanga Pakoh–Ulu Bunau jadi pemangkin pembangunan DUN Tamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.