Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SADA adakan lawatan penanda aras di Selangor
  • TEMPATAN

SADA adakan lawatan penanda aras di Selangor

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Mong Dagang bersama rombongan SADA menyertai lawatan penanda aras di IADA Barat Laut Selangor dan Saudagar Nenas Agrofarm. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SELANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang bersama delegasi Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor dan Saudagar Nenas Agrofarm.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh pembangunan industri tanaman padi dan nenas di Sri Aman menerusi perkongsian pengetahuan, teknologi dan amalan terbaik dalam sektor pertanian moden.

Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Bahagian Pertanian IADA Barat Laut Selangor yang berkongsi kejayaan Jelapang Padi Selangor sebagai model pertanian berteknologi tinggi.

Delegasi turut meninjau operasi Kilang Dataran Pusaka Sdn Bhd serta sistem pengairan moden di Regulator Parit 4 Sungai Burong dan Tali Air Tersier/Palong di Kawasan Pengairan Sekinchan, antara pusat pengeluaran padi utama negara.

Selain sektor padi, rombongan turut melawat Masri Enterprise Sdn Bhd dan Saudagar Nenas Agrofarm di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang bagi menimba ilmu dalam pengurusan ladang dan strategi pemasaran nenas yang telah berjaya menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Datuk Mong berkata, lawatan ini amat penting dalam memperkukuh pengetahuan dan perancangan strategik SADA untuk membangunkan sektor pertanian di Sri Aman, khususnya bagi tanaman padi dan nenas.

“Ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan hasil pertanian serta mewujudkan peluang ekonomi baharu bagi penduduk luar bandar,” katanya.

Turut hadir Pengerusi SADA, Dato’ Sri Rohani Karim, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, serta pegawai-pegawai Sekretariat SADA.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif Karbon Hutan perluas kesedaran, penglibatan komuniti pemilik tanah NCR
Next: Eksklusif: Di sebalik asap Satay Kaban, daya tarikan pekan Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.