Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 20 hours ago


(SIARAN KHAS MINGGU PENULIS SINAR HARAPAN)

dengan kerjasama Penjara Puncak Borneo, Kuching.



Pesanan Buat Adikku di Rumah

Aku melihat langit mendung yang mencerah, 

seperti diriku yang telah jauh berubah.

Ku ingin berpesan buat adikku di rumah

Abangmu ini sudah jauh berubah

dan dirimu, jangan terlena dalam gundah

hiduplah aman dan damai di rumah,

dadah jangan dijamah

supaya beban tidak bertambah

memang nyata hidup bukannya mudah

namun jangan ambil mudah menentu arah. 

SL Zain



Pengertian

Anak itu, 

pernah hilang, lesap

ditelan oleh amarah bapa

berlindung, di bawah teduhan kasih ibu

kini ditanam jadi benih di tapak harapan guru.

Mengertilah anak itu hukum dunia

selalu ada kasih dalam benci

dan ada rindu dalam sepi.

Anak itu, aku.

Sha SS

Hidupku Umpama Rama-rama

Hidupku umpama rama-rama 

yang selalu terbang dengan bebas

di dunia.

Diriku pernah ditinggalkan oleh ibu 

seperti rama-rama

yang meninggalkan telurnya

di mana-mana.

Namun aku tidak pernah menyerah

seperti ulat beluncas 

yang selalu betah

menghidupi dirinya.

Nic AD

Continue Reading

Previous: Menjaring Nilai dalam Plot : Cerpen sebagai Medium Pendidikan Jiwa Remaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.