Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dango milik Hossein dinobatkan juara Dango Tercantik
  • TEMPATAN

Dango milik Hossein dinobatkan juara Dango Tercantik

Utusan Sarawak 1 day ago
PERTANDINGAN ‘Dango Tercantik’ yang diadakan sepanjang penganjuran Regata Kalaka sempena Pesta Saratok, tahun ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Suasana di seberang Pekan Saratok bertambah meriah dan penuh warna-warni apabila deretan pondok berhias atau ‘Dango’ mencuri tumpuan pengunjung sepanjang penganjuran Regata Kalaka sempena Pesta Saratok tahun ini.

Keunikan dan kreativiti penduduk tempatan benar-benar terserlah apabila pondok milik Hossein Jamali dinobatkan sebagai juara ‘Dango Tercantik’, sekali gus membawa pulang hadiah berupa hamper dan wang tunai. Tempat kedua dimenangi Rosidi Bujang, manakala tempat ketiga dirangkul Jobli, yang masing-masing turut menerima hadiah serupa.

Tujuh peserta lain iaitu Jaafar Awi, Nasrul Busrah, Samsudin Sulaiman, Ismail Anjau, Kumek Mahili, Azman Anjau dan Morni Terani turut diberi penghargaan menerusi hadiah saguhati berupa hamper atas penyertaan kreatif mereka.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang hadir mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Menurut Mohamad Duri, inisiatif penduduk membina Dango setiap tahun bukan sahaja menyerikan suasana Regata Kalaka, malah memperkukuh semangat muafakat komuniti setempat.

“Dango berhias yang diterangi lampu pelbagai warna menjadi tarikan indah pada waktu malam, menjadikan Pesta Saratok 2025 lebih hidup dan meninggalkan kenangan manis buat semua pengunjung,” katanya.

Tambah beliau, pemandangan indah dari Tebingan Sungai Krian ini sekali lagi membuktikan keunikan tradisi Saratok terus terpelihara, menyatukan warisan dan kemeriahan dalam satu pesta penuh warna.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pejabat Bergerak ASSAR dilancar, sasaran penduduk luar bandar
Next: JIMS anjur Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang di ADTEC Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.