Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kertas siasatan kes Shila Amzah dirujuk ke pejabat PPN hari ini
  • JENAYAH

Kertas siasatan kes Shila Amzah dirujuk ke pejabat PPN hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Kertas siasatan kes penyanyi Nurshahila Amir Amzah atau dikenali sebagai Shila Amzah yang mendakwa diserang penyanyi legenda lelaki ketika sesi latihan konsert baru-baru ini dijangka dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur hari ini. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak PPN Kuala Lumpur untuk kajian dan arahan lanjut (pendakwaan). Setakat ini empat keterangan saksi termasuk pengadu sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Usuf dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes berkenaan, susulan laporan dibuat Shila di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.31 petang, Khamis lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM gempur sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri, kerugian cukai eksport RM950 juta
Next: JKDM Sarawak rampas ekstasi disorok dalam bekas simpan vitamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.