Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Dato Lukanisman tinjau tapak Klinik Kesihatan Sepupok baharu
  • KESIHATAN

Dato Lukanisman tinjau tapak Klinik Kesihatan Sepupok baharu

Utusan Sarawak 1 day ago
TAKLIMAT... Dato Lukanisman Awang Sauni ketika melihat peta dan tapak cadangan pembinaan baharu bagi Klinik Kesihatan (KK) Sepupok, semalam.

NIAH: Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan baharu Klinik Kesihatan (KK) Sepupok, semalam.

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM), klinik baharu itu dijangka menyediakan persekitaran rawatan yang lebih kondusif untuk penduduk setempat.

Fasiliti tersebut bakal menggabungkan Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KIA) dalam satu bangunan yang direka khas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta keselesaan pesakit.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan akses serta mutu perkhidmatan kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar.

Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan termasuk Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu dan Anak, perkhidmatan penjagaan luka, radiologi, serta perkhidmatan kecemasan.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr. Ismuni Bohari dan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Veronica Lugah.

Oleh Adum Liu

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Tiada kesihatan tanpa kesihatan pergigian
Next: Hospital Bintulu kritikal bekalan darah, dermawan diperlukan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.