Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 17 kerusi DUN baharu: Suara luar bandar kian kukuh di Sarawak
  • TEMPATAN

17 kerusi DUN baharu: Suara luar bandar kian kukuh di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
CHRISTOPHER Gira Sambang (berdiri, enam kanan) merakamkan kenangan bersama penerima cek MRP pada Program Mangkung Tiang di Rumah Lawang Umpon, Bukit Baru, Sungai Melinau di Selangau pada Sabtu lalu. Foto: Facebook DUN N.59 Tamin

SELANGAU: Penambahan 17 kerusi baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak disifatkan sebagai langkah strategik ke arah pengagihan pembangunan dan perkhidmatan awam yang lebih menyeluruh, khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, berkata langkah tersebut penting bagi memastikan suara masyarakat luar bandar terus diberi perhatian dalam pentadbiran negeri yang kian berkembang.

“Penambahan kerusi adalah sebahagian daripada usaha memperluas suara rakyat luar bandar dalam pentadbiran negeri. Ia bukan sekadar perubahan struktur, tetapi pelaburan masa depan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Mangkung Tiang di Rumah Lawang Umpon, Bukit Baru Sungai Melinau di sini, Sabtu lalu.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Baru Sungai Melinau itu bertujuan mengangkat kembali adat ‘Mangkung Tiang’, sebuah upacara warisan masyarakat Iban yang menandakan permulaan kehidupan di rumah panjang baharu, serta memupuk semangat kekeluargaan, perpaduan dan kesinambungan budaya nenek moyang.

Dalam ucapannya, Gira turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Rumah Panjang Lawang atas kejayaan membina rumah panjang moden yang lebih tersusun dan selesa.


Beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai petanda positif peningkatan ekonomi komuniti luar bandar dan bukti keberkesanan dasar pembangunan kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Rumah panjang ini bukan sahaja lambang budaya, tetapi juga simbol kejayaan bersama. Kita mahu lihat rumah panjang bukan sekadar warisan fizikal, tetapi sebagai pusat komuniti yang aktif dan maju,” tegasnya.

Di samping itu, Gira turut menekankan aspek keselamatan elektrik di rumah panjang dan mencadangkan agar sistem pendawaian ditingkatkan daripada satu fasa kepada tiga fasa bagi mengurangkan risiko kebakaran disebabkan beban berlebihan.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan beberapa projek pembangunan strategik yang sedang dan akan dilaksanakan di DUN Tamin, termasuk Pembinaan Mini Sports Complex sebagai kemudahan riadah komuniti.

Antara projek lain ialah penaiktarafan jalan masuk ke Pasar Selangau bagi memudahkan urusan perniagaan tempatan serta pembukaan akses jalan luar bandar seperti laluan dari Rumah Uban ke Ulu Mukah dan dari Nanga Selangau ke Rumah Dinggai.

Sebagai tanda komitmen terhadap pembangunan akar umbi, Gira menyerahkan peruntukan Projek Rakyat (MRP) berjumlah RM369,000 kepada 25 penerima termasuk JKKK rumah panjang, persatuan sukan dan belia, institusi pendidikan serta projek sambungan elektrik luar bandar.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan khas tambahan sebanyak RM25,000 kepada JKKK Rumah Panjang Lawang, sebagai sokongan terhadap pengurusan komuniti yang aktif dan berdaya maju.

Program ‘Mangkung Tiang’ kali ini bukan sahaja berjaya memelihara adat budaya Iban, malah turut menjadi medan penyampaian dasar serta pelancaran inisiatif pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat luar bandar.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai, Penghulu Busang Bedindang, Penghulu Christopher Chat dan Penghulu Thomas Jawa, Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Gawan @ Ringgit Saut serta tetamu kehormat lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MDSA tegas tangani isu haiwan terbiar dan ancaman rabies
Next: Sarawak kekal takrifan belia bawah 40 tahun, langkah realistik dan inklusif – Michael Tiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.