Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 18 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan
  • JENAYAH

18 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan

Utusan Sarawak 2 days ago
DISITA… Antara motosikal yang disita dalam Operasi Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

MIRI: Sebanyak 18 motosikal telah disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Operasi yang bermula 10.00 malam pada 12 Julai lalu dan berakhir 3.00 pagi keesokannya itu dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar termasuk Jalan Bandaraya Miri, Jalan Marina Utama, Jalan Miri Bypass, Jalan Tanjung Lobang dan Jalan Canada Hill.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, sebanyak 25 kenderaan diperiksa dalam operasi berkenaan dan 18 motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sitaan dibuat setelah didapati motosikal terbabit telah diubah suai daripada struktur asal. Tindakan ini juga bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, seramai 30 individu turut diperiksa, manakala 61 saman (PDRM K257) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Mohd Farhan menjelaskan bahawa tujuan utama operasi adalah untuk membanteras aktiviti samseng jalanan dan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, khususnya terhadap penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan jalan raya,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu atau menunggang secara berhemah, tidak mengubah suai struktur kenderaan dan mengelakkan berkumpul di tepi jalan sehingga mengganggu kelancaran trafik serta ketenteraman awam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: APMM tahan kapal tangki pindah minyak tanpa izin di perairan Bintulu
Next: No information yet even though Councillor offers RM5,000 reward for information on Batu Kawa stone-throwing copycat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.