Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kolaborasi JPJ dan ADTEC Miri tingkat kesedaran belia mengenai keselamatan jalan raya
  • TEMPATAN

Kolaborasi JPJ dan ADTEC Miri tingkat kesedaran belia mengenai keselamatan jalan raya

Utusan Sarawak 2 days ago
KESELAMATAN DIUTAMAKAN…Pegawai JPJ Miri ketika menyampaikan ceramah keselamatan pada program Keselamatan Jalan Raya bertempat di Dewan Kuliah Utama ADTEC Miri semalam.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah Keselamatan Jalan Raya sempena program Minggu Silaturahim anjuran Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) JTM Kampus Miri, semalam.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, program yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama ADTEC Miri itu merupakan inisiatif bermakna yang menyasarkan kesedaran generasi muda terhadap keselamatan di jalan raya.

Pegawai JPJ Cawangan Miri, Mohamad Ferdy Jamal, tampil sebagai penceramah utama, menyampaikan mesej keselamatan dengan pendekatan yang menarik dan sarat dengan maklumat berguna.

Beliau berjaya menyuntik kesedaran bahawa keselamatan di jalan raya bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa semata, tetapi merupakan amanah bersama setiap lapisan masyarakat.

Katanya, para pelajar bukan sahaja memperoleh ilmu, malah turut menggalas peranan sebagai duta keselamatan jalan raya masa hadapan.

JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada pihak ADTEC atas jemputan serta sambutan mesra yang diberikan.

Program ini menjadi bukti bahawa kolaborasi strategik antara JPJ Sarawak dan ADTEC JTM Kampus Miri mampu memberi impak besar dalam membentuk generasi yang lebih cakna terhadap isu keselamatan jalan raya.

Kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan dan diperluas agar mesej keselamatan terus bergema di setiap pelosok negeri Sarawak dan tanah air.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Komuniti Long Lama didedah isu sungai, buaya, sisa pepejal
Next: Boniface Bada dilantik Temenggong Iban Bahagian Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.