Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jelajah jangkauan akan dilaksana sepanjang tahun
  • TEMPATAN

Jelajah jangkauan akan dilaksana sepanjang tahun

Utusan Sarawak 18 hours ago
RAKAMAN gambar selepas MesyuaratMajlis Tertinggi Wanita PBB yang diadakan di Ibu Pejabat PBB Sarawak, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

PETRA JAYA: Program Jelajah Jangkauan ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ yang digerakkan di seluruh Sarawak bakal menjadi wadah penting dalam menyampaikan maklumat serta menyantuni komuniti, khususnya wanita dan belia, sepanjang tahun ini.

Dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KWPK), program ini memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan, bantuan serta khidmat kaunseling kepada golongan sasaran.

Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program ini merupakan inisiatif proaktif dalam mendekati rakyat secara langsung di peringkat akar umbi.

“Jelajah ini bukan sekadar lawatan, tetapi ruang untuk mendengar suara rakyat, mengenal pasti keperluan mereka dan memaklumkan tentang perkhidmatan yang tersedia melalui agensi kerajaan,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB Sarawak, hari ini.

MESYUARAT Majlis Tertinggi Wanita PBB yang diadakan di Ibu Pejabat PBB Sarawak, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Tambah beliau, program tersebut telahpun dilaksanakan di dua lokasi sebelum ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Di Kampung Rayu, Lundu, program bertemakan Jangkauan Ziarah Gawai Raya yang berlangsung di Rumah Panjang Rayu pada 17 dan 18 Jun lalu, berjaya menarik minat ramai penduduk tempatan.

Sementara itu, lokasi kedua di Dewan Suarah Bau pada 4 dan 5 Julai turut menyaksikan kehadiran lebih 1,000 pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat dan bantuan secara terus daripada agensi yang terlibat.

“Melalui penyertaan aktif Wanita PBB dalam program ini, kita mahu pastikan pendekatan yang inklusif dan mampan dapat dicapai, seterusnya memperkasa wanita Sarawak dalam pembangunan sosial dan ekonomi negeri,” tegas Fatimah.

Program jelajah ini dijangka diteruskan ke lebih banyak lokasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang, menyasarkan penyertaan komuniti setempat dari pelbagai latar belakang agar tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan dan kesejahteraan yang dibawa kerajaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak kekal had umur belia 40 tahun, tidak terikat ketetapan Persekutuan
Next: Gunung Buda bakal diangkat sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.