Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak ‘El Chapo’ mengaku bersalah atas pertuduhan edar dadah di mahkamah AS
  • GLOBAL

Anak ‘El Chapo’ mengaku bersalah atas pertuduhan edar dadah di mahkamah AS

Utusan Sarawak 16 hours ago

WASHINGTON: Ovidio Guzmán López, anak kepada ketua kartel dadah Mexico Joaquín ‘El Chapo’ Guzmán mengaku bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pengedaran dadah dan jenayah terancang di sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pejabat Peguam Negara AS bagi Daerah Utara Illinois pada Jumaat memaklumkan bahawa Guzmán López ‘mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dua pertuduhan terlibat secara sedar dalam kegiatan jenayah berterusan.’

Dikenali dengan gelaran ‘El Ratón’, Guzmán López dalam pengakuan itu mengaku bertanggungjawab menyelaras penghantaran kokain, heroin, fentanyl dan dadah lain serta bahan kimia dari Mexico ke sempadan AS, selain menggunakan rangkaian jenayah untuk menyeludup bahan-bahan terbabit ke dalam negara itu.

Guzman turut mengaku bahawa dia dan rakan subahatnya melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa, orang awam dan kumpulan lain demi melindungi kegiatan kartel berkenaan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan bersalah itu, Guzmán bersetuju untuk melucut hak sebanyak AS$80 juta.

Dalam pengakuannya, lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia dan tiga abangnya yang dikenali sebagai ‘Los Chapitos’ mengambil alih kepimpinan kartel Sinaloa, antara kartel paling berpengaruh di Mexico, selepas penahanan bapa mereka pada 2016.

Ketiga-tiga abangnya turut didakwa atas pertuduhan pengedaran dadah di AS, manakala bapanya ditahan tahun lalu dan kini masih dalam tahanan AS sementara menunggu perbicaraan.

Guzmán ditahan pihak berkuasa Mexico pada Januari 2023 dan kemudiannya diekstradisi ke AS. 

Dia pada awalnya mengaku tidak bersalah tetapi kemudian menyatakan hasrat untuk menukar pengakuan.

Menurut akhbar Milenio, Guzmán boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya dia tidak memberikan kerjasama. 

Hukuman dijangka diputuskan dalam tempoh enam bulan.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Angka korban jambatan runtuh di Gujarat, India meningkat kepada 20 orang
Next: Bekalan bahan api ke enjin terputus sebelum pesawat Air India terhempas – Laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.