Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban jambatan runtuh di Gujarat, India meningkat kepada 20 orang
  • GLOBAL

Angka korban jambatan runtuh di Gujarat, India meningkat kepada 20 orang

Utusan Sarawak 14 hours ago
PASUKAN penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terselamat selepas beberapa kenderaan terjatuh ke dalam sungai berikutan runtuhan sebahagian jambatan di negeri Gujarat, India.

NEW DELHI: Angka korban akibat kejadian jambatan runtuh di negeri Gujarat, barat India meningkat kepada 20 pada Jumaat, menurut pegawai, lapor Xinhua.

Sebahagian daripada jambatan yang merentasi Sungai Mahisagar runtuh pada Rabu di Daerah Vadodara, kira-kira 151 kilometer tenggara Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.

Berikutan kejadian itu, lima hingga tujuh kenderaan yang sedang melalui jambatan itu terjunam ke dalam sungai.

“Operasi mencari telah dijalankan sejak Rabu, dan hari ini dua lagi mayat ditemukan semasa kerja mengeluarkan sebuah lori dari dasar sungai, menjadikan angka korban dalam nahas ini setakat ini meningkat kepada 20 orang,” kata seorang pegawai.

Operasi mencari di lokasi kejadian masih diteruskan memandangkan dua individu masih dilaporkan hilang.

Punca jambatan runtuh itu masih belum diketahui.

Sementara itu, kerajaan tempatan telah menggantung tugas empat jurutera daripada Jabatan Kerja Raya berhubung insiden berkenaan.

Ketua Menteri Gujarat Bhupendra Patel telah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap kejadian itu dan berjanji akan mengemukakan laporan terperinci dalam tempoh 30 hari.

Jambatan berkenaan dibina pada 1985 dan menghubungkan Daerah Anand dan Vadodara. Lori-lori berat yang cuba mengelak daripada membayar tol di lebuh raya enam lorong Mumbai-Ahmedabad dilaporkan semakin kerap menggunakan jambatan itu.

Kemalangan maut akibat infrastruktur yang uzur adalah perkara biasa di India. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus, cetus amaran penerbangan di Timur Indonesia
Next: Anak ‘El Chapo’ mengaku bersalah atas pertuduhan edar dadah di mahkamah AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.