Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KOPERKASA umum dividen lapan peratus, lebih RM4 juta dikongsi dengan 25,000 anggota
  • BISNES

KOPERKASA umum dividen lapan peratus, lebih RM4 juta dikongsi dengan 25,000 anggota

Utusan Sarawak 15 hours ago
DUDUK dari kiri: Ahmad Malie (Setiausaha Koperkasa), Fathi Hambali (Pengerusi Koperkasa), Wahid Che @ Zaidi Chee (Pengurus Besar Koperkasa) bersama barisan anggota lembaga Koperkasa.

KUCHING: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 8.0 peratus kepada lebih 25,000 anggotanya di seluruh negeri bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Menurut kenyataan KOPERKASA, jumlah keseluruhan dividen yang diagihkan adalah sebanyak RM4,170,108.00 selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 4 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, dividen modal syer sebanyak 5.60 peratus menyumbang RM3,081,540.00, diikuti dividen modal yuran bulanan sebanyak 1.30 peratus berjumlah RM873,265.00, manakala pulangan atas simpanan peribadi pula adalah 1.10 peratus dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM215,303.00.

Agihan tersebut disifatkan sebagai cerminan prestasi kukuh KOPERKASA dan komitmennya dalam menjamin pulangan mampan kepada para anggota.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada pengurusan kewangan yang berhemah serta kerjasama erat di antara pihak pengurusan, kakitangan dan anggota, selain bimbingan berterusan daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK),” kata dalam kenyataan, hari ini.

Mewakili ALK, pihak pengurusan turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada koperasi tersebut.

Bagi kemudahan anggota, pengeluaran dividen boleh dibuat secara dalam talian melalui pendaftaran pengguna di portal myKOPERKASA atau dengan mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Dividen yang boleh diperoleh di semua pejabat KOPERKASA di Sarawak atau dimuat turun dari laman web rasmi www.koperkasa.com.my.

Dividen dan pulangan atas simpanan peribadi boleh dikeluarkan mulai 21 Julai 2025.

Continue Reading

Previous: Penurunan OPR legakan rakyat, sektor hartanah masih suram
Next: AFFIN Group cemerlang ESG, raih penarafan ‘AA’ daripada MSCI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.