Kelington dapat kontrak fasiliti penstoran data RM128 juta di Sarawak

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 13 Oktober: Anak syarikat Kelington Group Bhd, Kelington Technologies Sdn Bhd (KTSB) telah memperoleh kontrak RM128 juta untuk mereka bentuk dan membina penjanaan air serta sistem rawatan air sisa bagi fasiliti pembuatan penstoran data termaju di Kuching, Sarawak.

Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu telah diberikan oleh sebuah syarikat pembuatan yang sedang berkembang di Kuching.

“Susulan pemberian kontrak itu, nilai agregat kontrak dan pesanan pembelian yang dicagarkan oleh KTSB daripada pelanggan untuk projek berkenaan akan meningkat daripada kira-kira RM416 juta kepada kira-kira RM544 juta.

“Kontrak tersebut akan bermula serta-merta dan selesai menjelang April 2028,” katanya. 

KTSB dijangka akan terus mendapatkan kontrak lanjut daripada pelanggan yang meliputi pelbagai skop kerja berkaitan projek itu.

“Sebarang perkembangan material yang timbul daripadanya akan diumumkan oleh syarikat, apabila diperlukan,” kata Kelington. – Bernama

Gunung Semeru meletus, abu cecah 900 meter

JAKARTA, 13 Oktober: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus sekurang-kurangnya 10 kali pada Selasa, menghamburkan abu gunung berapi sehingga