Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perancangan pembinaan masjid, surau di Kota Samarahan diperkukuh
  • WILAYAH

Perancangan pembinaan masjid, surau di Kota Samarahan diperkukuh

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATUK Rubiah Wang mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Reka Bentuk yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Samarahan, hari ini. Foto Facebook Rubiah Wang

KOTA SAMARAHAN: Perancangan pembinaan beberapa masjid dan surau baharu di sekitar Parlimen Kota Samarahan terus diperhebat menerusi Mesyuarat Koordinasi Reka Bentuk yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Samarahan, hari ini.

Mesyuarat tersebut memfokuskan kepada cadangan pembinaan Masjid Taman Desa Ilmu dan beberapa lagi rumah ibadat Islam yang dirancang bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang semakin berkembang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang turut membincangkan pelbagai aspek penting termasuk reka bentuk awal yang lebih moden dan mesra jemaah, penetapan lokasi strategik, kajian anggaran kos, sumber kewangan, dan pelaksanaan projek secara berfasa.

DATUK Rubiah Wang mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Reka Bentuk yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Samarahan, hari ini. Foto Facebook Rubiah Wang

Menurut Rubiah, pembinaan masjid dan surau baharu ini bukan sahaja bertujuan menyediakan kemudahan ibadah, tetapi juga sebagai pusat kegiatan komuniti yang inklusif.

“Harapan kami agar pembinaan masjid dan surau ini dapat disempurnakan mengikut jadual serta memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat Islam di Samarahan. Kami mahu tempat ibadah ini bukan sekadar indah dari segi seni bina, tetapi turut memainkan peranan besar sebagai pusat perpaduan dan pembangunan komuniti,” katanya.

Mesyuarat tersebut turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan pihak berkuasa tempatan sebagai satu sinergi penting yang dilihat mampu mempercepatkan kelancaran projek berimpak tinggi ini.

Projek ini dilihat sebagai langkah proaktif ke arah menjadikan masjid dan surau sebagai pemangkin pembangunan rohani dan sosial masyarakat setempat dengan reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan, fungsi pelbagai dan nilai estetika Islam, rumah ibadat ini bakal menjadi ruang inklusif yang memperkukuh hubungan antara institusi agama dan komuniti di Kota Samarahan.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutupan sementara separuh laluan di Jalan Bintulu Tanjung Kidurong mulai 14 Julai ini
Next: Gotong-royong CSR perindah Lepo Rurum, eratkan hubungan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.