Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Paip utama rosak, LAK jalankan pembaikan segera
  • TEMPATAN

Paip utama rosak, LAK jalankan pembaikan segera

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS… Kerja pembaikan paip utama Keluli Lembut Beralas Simen (MSCL) di Jalan Highfields dijadual bermula pada 11 Julai 2025, 9.00 malam hingga 12 Julai 2025, 7.00 pagi.

KUCHING: Lembaga Air Kuching (LAK) akan melaksanakan kerja pembaikan segera ke atas saluran paip berdiameter 1400mm jenis Keluli Lembut Beralas Simen (MSCL) yang mengalami kerosakan akibat runtuhan struktur konkrit di Jalan Highfields Light Industrial, berhampiran Jalan Batu Kawa.

Kerja pembaikan dijadualkan bermula pada 9.00 malam ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 7.00 pagi, esok.

Antara kawasan utama yang menerima bekalan daripada saluran paip tersebut termasuk Matang Jaya, Petra Jaya, Demak Laut, Semariang, kawasan di bawah agihan JBALB serta beberapa komuniti berhampiran.

Ini merupakan cubaan kali ketiga untuk melaksanakan pembaikan kekal ke atas saluran paip utama berusia lebih 30 tahun itu yang membekalkan sekitar 170 juta liter air sehari (MLD) atau sekitar 20 peratus daripada jumlah pengeluaran air terawat harian Kuching sebanyak 778 MLD.

Sebelum ini, usaha pembaikan menghadapi pelbagai cabaran teknikal termasuk kekangan tapak kerja, ketidakserasian teknikal akibat penggunaan komponen tidak standard pada paip lama, dan kedudukan struktur konkrit berat yang menutupi saluran paip serta memerlukan kerja pemotongan yang teliti.

Sepanjang tempoh pembaikan, gangguan bekalan air bertekanan rendah atau tiada bekalan dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Jalan Matang (dari Kubah Ria ke Batu 9), Taman Sri Harmoni, Jalan Sungai Tengah, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahudin, Jalan Demak, Jalan Bako, Muara Tebas, Petra Jaya serta kawasan agihan JBALB sekitarnya.

Menurut LAK, pengguna juga mungkin mengalami masalah air berkeladak dan ‘air terperangkap’ (airlock) semasa proses pemulihan bekalan.

Sebagai langkah mitigasi, lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas untuk membekalkan air alternatif kepada pengguna yang terlibat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja pembaikan bermula.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap launches drainage upgrade to tackle flooding in Batu Tujuh
Next: Bangunan baharu SJKC Chung Hua Batu 11 dijangka siap Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.