Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis serbu kegiatan sabung ayam, enam ditahan
  • JENAYAH

Polis serbu kegiatan sabung ayam, enam ditahan

Utusan Sarawak 11 hours ago
ENAM suspek dan barangan yang disita semasa serbuan tersebut. Foto IPD Meradong

BINTANGOR:  Polis menyerbu kegiatan sabung ayam berhampiran Tanjung Manis semalam dan menahan enam lelaki.

Ketua Polis Meradong DSP Tansli Mering berkata beberapa barangan turut dirampas antaranya ayam sabung yang hidup dan telah mati, penimbang serta papan putih yang digunakan semasa pertarungan.

“Kesemua suspek warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram itu ditahan di Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tansli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM2,000, penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihati orang awam supaya menjauhi sebarang bentuk perjudian haram termasuk sabung ayam dan menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti terbabit.– Bernama

Continue Reading

Previous: 4 jam pujuk bekas banduan mengamuk di Miri
Next: APMM tahan kapal tangki pindah minyak tanpa izin di perairan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.