Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang kanak-kanak maut, empat cedera dihempap dahan pokok
  • GLOBAL

Seorang kanak-kanak maut, empat cedera dihempap dahan pokok

Utusan Sarawak 13 hours ago
DAHAN pokok menyebabkan kematian kanak-kanak di kem musim panas di Selatan California.

LOS ANGELES: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut manakala empat lagi cedera pada petang Rabu selepas dihempap dahan pokok tumbang di sebuah kem musim panas di bandar Calabasas, 40 kilometer (km) barat pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Saluran berita tempatan ABC11 pada Khamis memetik Balai Polis Syerif Malibu-Lost Hills, Daerah Los Angeles sebagai berkata dalam kejadian sekitar 3.00 petang itu, beberapa dahan pokok oak sepanjang kira-kira 7.6 hingga 9.1 meter telah jatuh dan menghempap sehingga sembilan kanak-kanak yang sedang menunggu untuk dijemput.

Menurut laporan itu, kanak-kanak berkenaan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh, namun punca dahan berkenaan patah masih belum diketahui. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Empat individu terkaya Afrika miliki kekayaan melebihi separuh penduduk benua itu – Oxfam
Next: Beg Birkin pertama terjual pada harga RM42 juta, pecah rekod harga sebelumnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.