Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Wanita didenda RM6,000, disenarai hitam lesen memandu di Sibu
  • MAHKAMAH

Wanita didenda RM6,000, disenarai hitam lesen memandu di Sibu

Utusan Sarawak 21 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini telah menjatuhi hukuman denda RM6,000 atau penjara enam bulan terhadap seorang pemandu wanita atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga mengakibatkan kemalangan pada 16 Mac lepas.

Semi Peter, 37, juga dilarang mengambil atau memiliki lesen memandu bagi tempoh dua tahun oleh Majistret Romario Jonoi.

Berdasarkan pertuduhan, Semi yang memandu kenderaan motor secara cuai dan perhatian sewajarnya terhadap pengguna jalan raya yang lain pada 16 Mac 2025, kira-kira 2.06 petang di Jalan Sibu-Bintulu.

Sehubungan itu, dia telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM10,000 dan juga boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 16 Mac 2025, lebih kurang 2.06 petang satu kemalangan telah berlaku di Jalan Sibu-Bintulu semasa tertuduh sedang memandu kereta di lorong kiri dari arah Sibu ke Selangau.

Tiba-tiba kenderaan yang dipandu tertuduh hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan serta melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan memasuki laluan bertentangan seterusnya bertembung dengan sebuah van serta kereta lain.

Akibat kemalangan itu, pemandu van mengalami kecederaan parah. 

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari sementara tertuduh yang tidak diwakili peguam dibebaskan setelah membayar denda yang dikenakan.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Dua individu didakwa bunuh penuntut universiti di Cyberjaya
Next: Gagal bayar denda RM10,000, lelaki dipenjara setahun atas kes khianat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.