Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga Indonesia ditahan di Bintangor, dadah ditemui dalam kotak rokok
  • JENAYAH

Warga Indonesia ditahan di Bintangor, dadah ditemui dalam kotak rokok

Utusan Sarawak 2 days ago
DADAH- DITAHAN….Suspek ditahan dan satu kotak rokok jenama ‘LA’ dirampas oleh pihak polis. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menahan seorang lelaki warga Indonesia dalam satu serbuan di sebuah bilik di tingkat dua, Jalan Market, di belakang sebuah bank, sekitar 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata hasil pemeriksaan telah merampas satu kotak rokok jenama ‘LA’ dimana di dalam kotak rokok tersebut terdapat satu tiub straw berisi bahan disyaki dadah jenis syabu. 

“Suspek kemudiannya ditangkap dan dibawa balik ke IPD Meradong untuk tindakan selanjutnya. 

“Saringan ujian air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis syabu. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara selama tempoh lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali. 

“Usaha berterusan masih dijalankan bagi membanteras kegiatan dadah di Daerah Meradong. 

“Pihak IPD Meradong memohon kerjasama daripada semua masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung gejala atau kegiatan dadah di daerah ini dengan menyalurkan maklumat dan menghubungi pihak polis di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: RM110,000 lesap gara-gara tertipu iklan Facebook
Next: Two suspects arrested in separate drug raids

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.