Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump tegaskan tarikh akhir tarif 1 Ogos, ‘tiada lagi penangguhan’
  • GLOBAL

Trump tegaskan tarikh akhir tarif 1 Ogos, ‘tiada lagi penangguhan’

Utusan Sarawak 11 hours ago

WASHINGTON:  Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menegaskan bahawa beliau akan berpegang kepada tarikh akhir 1 Ogos bagi pelaksanaan tarif baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Tiada perubahan pada tarikh ini. Dalam erti kata lain, semua bayaran akan mula dikenakan dan perlu dijelaskan mulai 1 OGOS 2025. Tiada sebarang lanjutan akan diberikan,” menurut hantaran Trump di platform Truth Social miliknya.

Rumah Putih pada Isnin mengumumkan penetapan semula tarikh akhir kepada 1 Ogos, menggantikan tarikh pelaksanaan tarif pada 9 Julai. Tarif baharu itu akan meliputi pelbagai jenis import dari sejumlah besar negara.

Namun hanya beberapa jam selepas pengumuman itu, Trump dilihat belum memberikan komitmen penuh terhadap tarikh baharu berkenaan.

Ketika ditanya sama ada tarikh akhir 1 Ogos itu bersifat muktamad, beliau berkata kepada wartawan: “Saya akan katakan ia kukuh, tetapi bukan 100 peratus kukuh. Jika mereka hubungi dan katakan mereka ingin lakukan sesuatu dengan cara berbeza, kita terbuka kepada perkara itu.”

Pada hari sama, Trump turut menyiarkan lebih 14 surat kepada negara-negara berkaitan, memperincikan rancangan tarif terbaharunya. 

Fokus awal beliau ialah terhadap import dari negara-negara Asia, khususnya Asia Tenggara.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.