Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Bahasa DBP cungkil bakat, semarakkan perpaduan bangsa
  • TEMPATAN

Festival Bahasa DBP cungkil bakat, semarakkan perpaduan bangsa

Utusan Sarawak 1 day ago
ADAM Chin Lien Jiun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Riam, Miri berjaya menawan hati juri dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Menengah.

KUCHING: Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung selama tiga hari dari 7 hingga 9 Julai lalu berjaya mencungkil bakat pelajar bukan Melayu dalam penguasaan bahasa kebangsaan, sekali gus memperkukuh peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

Program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak ini dijenamakan semula daripada Festival Pelbagai Kaum sejak tahun lalu bagi menyokong inisiatif kebangsaan yang melibatkan penyertaan pelajar dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Antara objektif utama festival ini ialah untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu baku melalui pertandingan seperti bercerita, pidato, deklamasi sajak dan forum. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kefasihan dan keyakinan pelajar, tetapi turut menanam rasa bangga terhadap bahasa kebangsaan.

Antara pemenang utama festival tahun ini ialah Thara Phang Yu Qing Kemby dari SJK(C) Chung Hua Stampin, Padawan, yang dinobatkan sebagai johan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1.

Bagi kategori Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Menengah, Adam Chin Lien Jiun dari SMK Jalan Riam, Miri memukau juri dengan penyampaian sajak yang penuh penghayatan dan gaya persembahan yang mantap.

Sementara itu, Sekolah Menengah Chung Hua No. 1, Kuching terpilih untuk mewakili Sarawak ke Pertandingan Forum Peringkat Kebangsaan menerusi tajuk ‘Memperkasakan Bahasa, Membina Negara Bangsa’.

Pasukan debat tersebut diketuai oleh Tan Harn Xi sebagai pengerusi, bersama ahli panel Sim Xin Yuu, Maren Kho Yen Han, Yap Yi Sen dan peserta simpanan Chiang Yin Han. Mereka dibimbing oleh guru pengiring, Tee Leyok Poo.

Festival ini turut memperkukuh kolaborasi strategik antara DBP dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan, selaras dengan usaha memperluas peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perpaduan dan identiti nasional.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Festival Bahasa dan Sastera 2025 bukti komitmen Sarawak julang bahasa kebangsaan
Next: ‘Langko’ warnai Tebingan Sungai Krian, Regata Kalaka tarikan utama Pesta Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.